Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan lima negeri pada hari ini.

MetMalaysia berkata, antara kawasan yang terlibat dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah. 

- Advertisement -

“Kawasan di Negeri Sembilan yang turut terlibat adalah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, manakala Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Melaka.

“Sementara itu, Sarawak di Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Amaran ribut petir yang dikeluarkan setakat jam 4 petang juga melibatkan di Sabah iaitu Pedalaman, Pantai Barat (Papar dan Ranau) dan Tawau,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/6/2024

- Advertisement -