PM sumbang RM290,000: ‘Baiknya dia, baik ada makna’

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan sebanyak RM290,000 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang mempunyai makna yang tersirat.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, difahamkan peruntukan terbabit untuk sembilan masjid dan 20 surau di kawasan DUN Sungai Bakap.

“Baiknya dia, baik ada makna…,” katanya pada satu hantaran di Facebook semalam sambil berkongsi pautan dari salah satu agensi media tempatan mengenai pengumuman tersebut.

Media sebelum ini melaporkan sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politik Kanan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sempena perayaan Aidiladha.

Menurut Iskandar setiap masjid dan surau di DUN Sungai Bakap menerima sumbangan sebanyak RM10,000 yang digunakan pada hari raya korban.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap akan diadakan pada 6 Julai ini berikutan penyandangnya Nor Zamri Latiff mewakili PAS meninggal dunia 24 Mei lalu.

Penamaan calon PRK tersebut dijangka diadakan pada 22 Jun ini. – HARAKAHDAILY 12/6/2024

- Advertisement -