PERKESO dedah kaedah pengurusan kes hilang upaya

Nora Yaacob
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO) akan mengadakan bengkel pengurusan kes hilang upaya secara efektif dan sistematik.

- Advertisement -

Pengarah PERKESO negeri Nora Yaacob berkata, bengkel itu dianjurkan Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO pada 1 hingga 3 Julai ini.

Katanya, Bengkel Return To Work Coordinator (RTWC) merupakan Program Persijilan Pengurusan Hilang Upaya yang diperkenal PERKESO sejak tahun 2020.

“Bengkel tersebut akan dilaksanakan secara latihan dalaman (in-house) di Dewan Cik Siti Wan Kembang, PERKESO Kelantan,” katanya di sini.

Menurutnya juga bengkel tersebut sebagai persediaan untuk melatih personal dalam pembangunan polisi pengurusan hilang upaya dan pencegahan kesihatan yang lebih efektif pada masa hadapan.

Katanya setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM400 dan yuran tersebut boleh dibuat tuntutan semula di bawah HRDCorp.

Pendaftaran dan pembayaran boleh dibuat ke akaun PERKESO melalui laman sesawang https://sers.perkeso.gov.my/. – HARAKAHDAILY 12/6/2024

- Advertisement -