PAS Labuan lulus usul calon PAS wakili PN

- Advertisement -

LABUAN: PAS Kawasan Labuan telah sebulat suara meluluskan usul tanpa bahas untuk calon PAS mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) atau PRU16 akan datang di kerusi Parlimen di sini.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Labuan, Hamir Zahari memaklumkan usul tersebut dibawa salah satu cawangannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-26 di SRITI Labuan, di sini kelmarin dahulu.

Menurut beliau, usul itu diterima tanpa bahas oleh semua perwakilan bagi mengukuhkan lagi kedudukan PN di Labuan setelah calon sebelumnya yang mewakili parti komponen ini beralih sokongan.

Katanga, PAS Labuan telah menyertai pilihan raya sebanyak lima kali walaupun masih belum memenangi kerusi Parlimen P.166 itu, tetapi tidak pernah pimpinannya beralih arah mengkhianati parti.

Ditambah lagi yakini beliau, pimpinan PAS di wilayah itu memiliki latar belakang yang berintegriti tinggi dan bersih tanpa sebarang rekod jenayah mahupun rasuah.

Katanya, rakyat menyedari keupayaan PAS yang semakin diterima oleh selepas memenangi PRU15 dengan kerjasama bersama PN Labuan, khususnya melalui penubuhan cawangan.

Juga PAS di situ beritahunya, giat dalam pertambahan ahli yang signifikan, selain pendaftaran ramai ke institusi pendidikan milik PAS dan pelbagai program kebajikan yang dekat dengan masyarakat.

“(Ini semua) membuktikan PAS mampu bertanding pada PRK atau PRU akan datang dan melalui usul itu, PAS Labuan bersedia menawarkan calon untuk bertanding dalam PRK atau PRN kali ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/6/2024

- Advertisement -