Halang pemandangan Gunung Fuji: Kondo 10 tingkat diroboh

Pemandangan indah Gunung Fuji di Jepun yang memukau pandangan. (FOTO: The Straits Times)
- Advertisement -

TOKYO: Kondominium setinggi 10 tingkat yang hampir siap pembinaannya terpaksa dirobohkan selepas mendapat rungutan daripada penduduk di kawasan berkenaan kerana dikatakan menghalang pemandangan Gunung Fuji.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pemaju yang membina kondominium berkenaan, Sekisui House berkata, pihaknya secara sukarela membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembinaan kondominium berkenaan.

- Advertisement -

“Tidak dinafikan keadaan semasa memberi impak yang sangat besar kepada landskap. Kami telah memutuskan untuk mengutamakan pemandangan (Gunung Fuji) dari jalan raya,” katanya dalam kenyataan itu pada Selasa, lapor Reuters.

Kondominium yang sedang dibina itu terletak di bahagian barat Tokyo yang terkenal dengan pemandangan indah gunung tertinggi Jepun, Gunung Fuji yang setinggi 3,776 meter dari hujung jalan bernama Fujimi atau laluan ‘Fuji Viewing’.

Walau bagaimanapun, kondominium 10 tingkat itu telah menghalang separuh pemandangan indah gunung berapi yang terkenal itu.

Pembinaannya kondominium  tersebut sebelum ini diteruskan oleh pemaju walaupun dibantah oleh penduduk yang berbangga dengan pemandangan jalan itu, dan mereka sepatutnya berpindah ke kondominium di daerah Kunitachi, Tokyo bulan depan.

Namun, Sekisui House secara mengejut telah mengeluarkan notis yang menyatakan kondominium berkenaan akan dirobohkan.

“Tiada apa-apa yang menyalahi undang-undang tentang proses pembinaan, pertimbangan pandangan jarak jauh Gunung Fuji sahaja tidak mencukupi.

“Kami tidak mahu kehilangan daya tarikan bandar kami, di mana pada hari yang cerah anda mempunyai pemandangan Gunung Fuji yang jelas,” katanya kepada agensi berita, TBS.

Gunung Fuji cukup terkenal di serata dunia sebagai salah satu gunung berapi yang mempunyai pemandangan cukup cantik dan dilitupi salji sepanjang tahun. Ia juga sentiasa menarik ratusan ribu pendaki gunung pada setiap musim panas. –HARAKAHDAILY 12/6/2024

- Advertisement -