KOTA BHARU: Anak syarikat kerajaan negeri, Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd menawarkan hadiah istimewa bagi pembelian produk Bio Tajmeel dan Nutrifera bernilai RM35.
Pengurus Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd, Nur Adyani Mohamed berkata, orang ramai berpeluang memenangi rantai tangan emas bernilai RM2,000 dan cincin emas RM1,000.
Katanya, cabutan bertuah itu ditawar melalui program Jom Beli dan Menang bagi merebut dua hadiah utama cabutan bertuah bernilai RM3,000.
“Pembelian berkenaan hanya sah pada Jun dan Julai ini bagi melayakkan pembeli mendapatkan cabutan bertuah berupa rantai tangan emas dan cincin emas.
“Setiap pembelian RM35 akan memperolehi satu kupon cabutan bertuah, dua kupon cabutan bertuah untuk pembelian RM70 dan begitu seterusnya,” katanya ketika ditemui di Butik Bio Tajmel Nutrifera di sini.
Adyani juga berkata, pembelian RM35 menjadi syarat untuk mendapatkan kupon, bersesuaian dengan ulang tahun kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan ulama ke-35 tahun ini.
Menurutnya, setakat ini 10 pelanggan telah mengisi borang cabutan bertuah tersebut dan keputusannya akan diumumkan pada Ogos hadapan.
Setiap peserta yang layak perlu mengisi maklumat peribadi pada borang cabutan di https://forms.gle/2sAPZW2Nykja9P4U7.
Katanya juga orang ramai diajak menyokong produk Bio Tajmeel dan Nutrifera kerana ia amat baik untuk kegunaan seisi keluarga kerana tidak mengandungi bahan ‘terlarang’.
“Kita dalam proses untuk menaikkan semula jenama produk tersebut. Lagipun sebelum ini produk tersebut sudah dikenali ramai,” ujarnya.
Adyani juga berkata, sejak promosi produk Bio Tajmeel iaitu set gel mandian tajmeel dan syampu diadakan bermula Mei lalu Bio Tajmeel Cosmeceutical kehabisan stok di kilang.
Kata beliau juga pihaknya akan melancarkan pendaftaran keahlian pada 21 Jun ini di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) dan sistem ejen jualan pada bulan hadapan. – HARAKAHDAILY 12/6/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!