MB rakam takziah guru agama meninggal kemalangan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan menyifatkan pemergian seorang pendidik Nur Ain Fitriah Zakaria akibat kemalangan jalan raya di Bachok Ahad lepas merupakan satu kehilangan kepada sektor pendidikan Islam di Kelantan.

- Advertisement -

Arwah Nur Ain Fitriah merupakan guru Bahasa Arab di Sekolah Menengah Ugama (Arab) al Hidayah al Islamiah Kampung Chap, maut selepas kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan di Kampung Kubang Telaga.

Mangsa baru tiga bulan mengajar di sekolah terbabit selepas lebih setahun menamatkan pengajian di Universiti al Azhar Mesir.

Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, pemergian arwah amat dirasai dan merupakan satu kehilangan besar dalam dunia pendidikan.

“Saya bersimpati dan mengucap takziah kepada keluarga arwah dan semoga tabah di atas pemergian ahli keluarga yang tersayang,” katanya pada kenyataan di Facebook semalam.

Menurutnya juga kerajaan negeri amat menitik beratkan bidang bagi melahirkan generasi yang beriman dan bertakwa pada masa hadapan. – HARAKAHDAILY 11/6/2024

- Advertisement -