Kebajikan rakyat di era Madani makin jauh ke belakang

Nazri Deraman
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Madani tidak boleh menjadikan alasan aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan penjualan diesel secara haram antara sebab subsidi bersasar dilaksanakan.

- Advertisement -

Presiden Petubuhan R Kelantan, Nazri Deraman berkata, kerajaan mempunyai pelbagai agensi penguatkuasaan bagi mencegah kegiatan terbabit.

Katanya, tidak masuk akal kerajaan menggunakan alasan tersebut untuk meningkatkan harga diesel daripada RM2.15 kepada RM3.35 seliter.

“Ini satu kaedah yang tidak tepat, sepatutnya kerajaan melalui pelbagai agensi penguatkuasa yang ada mencari kaedah yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.

“Perkemaskan peraturan di stesen minyak. Ini kerana banyak dilaporkan media minyak diesel diseludup sama ada melalui darat atau laut,” katanya di sini.

Petang Ahad lepas Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga baharu diesel dengan menghapuskan subsidi bagi menjimatkan wang negara kira-kira RM4 bilion setahun.

Nazri juga berkata, kenaikan diesel akan menambah lagi beban ditanggung rakyat dengan peningkatan harga barang keperluan harian.

“Makna ini bukan nak maju ke depan memberi kebajikan dan kemudahan kepada rakyat, tetapi jauh pusing ke belakang. Dalam konteks kebajikan rakyat kerajaan Madani semakin jauh ke belakang,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/6/2024

- Advertisement -