HAMAS alu-alukan resolusi terkini Majlis Keselamatan

- Advertisement -

GAZA, Palestin: HAMAS mengalu-alukan perkara terkandung dalam resolusi Majlis Keselamatan yang mengesahkan gencatan senjata kekal di Gaza dan pengunduran sepenuhnya pihak-pihak terlibat konflik perang ketika ini.

Termasuk pertukaran tahanan, pembinaan semula penempatan, keizinan pulang penduduk yang dipindahkan ke kawasan kediaman mereka serta penolakan sebarang perubahan demografi atau pengurangan kawasan Semenanjung Gaza.

- Advertisement -

Dalam kenyataan terkini dikeluarkan oleh pergerakan itu juga turut mengalu-alukan penyampaian bantuan yang diperlukan kepada rakyatnya di Semenanjung Gaza dan HAMAS menekankan kesediaannya untuk bekerjasama

“(Iaitu) dengan pengantara untuk terlibat dalam rundingan tidak langsung bagi melaksanakan prinsip-prinsip ini yang selaras dengan tuntutan rakyat dan penentangan kami,” tegas mereka.

HAMAS juga menekankan kesinambungan usaha dan perjuangannya dengan seluruh rakyat Palestin untuk mencapai hak negara mereka dan paling utama adalah mengalahkan kependudukan Israel.

Pergerakan itu turut menegaskan untuk mencapai penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat penuh, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya, bersama dengan hak rakyat untuk pulang dan penentuan nasib sendiri. – HARAKAHDAILY 11/6/2024

- Advertisement -