Dahulu isi RM100 dapat 46.5 liter, sekarang hanya 29.8 liter

Hilmi Abdullah
- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebelum ini dengan mengisi diesel bernilai RM100 pemilik kenderaan mendapat 46.5 liter, namun mulai malam semalam berlaku berubah perubahan drastik harga bahan api terbabit.

- Advertisement -

Sekarang jumlah nilaian RM100 hanya dapat mengisi 29.8 liter iaitu hilang 16.7 liter atau RM55.90.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, penyasaran subsidi diesel yang diumumkan kerajaan Madani terlalu besar dengan peningkatan sebanyak RM1.20 seliter.

“Biasanya jika isi minyak diesel RM100 akan dapat dalam 46.5 liter, namun pagi semalam isi RM100 juga, tapi dapat hanya 29.8 liter sahaja, hilang dalam 16.7 liter terlalu banyak.

“Cuma nak tanya apakah barangan rumah yang dapat kita beli dengan nilai 16.7 liter yang hilang tersebut, cuba pakat kira,” katanya pada satu hantaran di Facebooknya semalam.

Petang Ahad lepas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel RM3.35 seliter berbanding sebelum ini RM2.15 seliter.

Media sebelum ini melaporkan penetapan harga dan pelaksanaan subsidi bersasar membolehkan kerajaan menjimatkan kira-kira RM4 bilion setahun.

Hilmi berkata, kenaikan mendadak harga diesel akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat. – HARAKAHDAILY 11/6/2024

- Advertisement -