PAS Muar lancar #MuoSederap hadapi PRU16

- Advertisement -

MUAR: PAS Kawasan Muar telah melancarkan tanda pagar #MuoSederap sebagai satu langkah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Kawasan Muar, Abd Aziz Talib berkata, tanda pagar tersebut terhasil melalui kerjasama yang cukup padu daripada semua lapisan peringkat kepimpinan kawasan ini.

“Diharapkan #MuoSederap ini akan dapat terus memberikan impak kepada kita di mana semua dewan, semua entiti PAS dapat sama-sama bergerak sederap untuk menggarap segala program aktiviti yang akan dilaksanakan.

“Mudah-mudahan dengan adanya #MuoSederap ini akan memberi kita kejayaan terutamanya bila menghadapi PRU yang akan datang insya-Allah,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Maharani menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kali ke-39 PAS Kawasan Muar yang berlangsung di markaz kawasan di Parit Pechah, di sini kelmarin.

Tambahnya, rakyat juga telah memberikan kerjasama yang cukup baik kepada Jabatan Amal melalui program-program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2023-2024 ini.

“Tahniah diucapkan. Teruskan program bersama-sama kita berada di dalam masyarakat. Kita membantu masyarakat yang ada pada hari ini dengan kita membawa slogan prihatin, Perikatan Nasional prihatin kepada rakyat.

“Inilah yang kita mahu dan perjalanan sederap ini mudah-mudahan akan memberikan kemenangan kepada kita. Sederap langkah diatur, sederap bicara ditutur, sederap kasih dihulur; sederap bakti ditabur,” ujarnya.

Jelas beliau, slogan dan tanda pagar tersebut akan digunakan dalam semua program terutama dalam aktiviti kebajikan kepada penduduk supaya keberadaan PAS dan Perikatan Nasional di dalam masyarakat akan dirasai.

“Bagaimanakah ianya dapat dirasai? Insya-Allah sekiranya kita sama-sama turun padang membantu masyarakat dalam keadaan suasana yang payah begini. Insya-Allah rakyat akan merasai kehadiran kita.

“Bila rakyat merasai kehadiran kita, insya-Allah masyarakat ataupun rakyat luar akan memilih kita dalam pilihan raya nanti insya-Allah,” katanya.

Beliau turut mengharapkan agar semua entiti dalam PAS terutama organisasi pendidikan seperti PASTI, SRITI dan SMITI dapat memainkan peranan yang penting dalam memberi imej yang baik dan menunjukkan keberadaan PAS dalam masyarakat.

Beliau juga mahu agar pengurusan PASTI, SRITI dan SMITI menjaga sebaik-baiknya institusi tersebut sebaik-baiknya kerana masyarakat dahagakan peranannya.

“Masyarakat dahagakan kepada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Jabatan Amal. Kepada pemuda ada DACS dan seumpamanya. Inilah yang kita mahukan supaya keberadaan mereka ini dirasai oleh masyarakat.

“Insya-Allah kita nilai semula, kita nilai kembali bagaimanakah keberadaan kita di dalam masyarakat. Kita mempunyai banyak program-program dalam kalangan masyarakat.

“Mudah-mudahan segala program yang kita jalankan ini insya-Allah akan dapat dirasai dan dihargai oleh masyarakat. Ini yang kita mahu,” ujarnya.

Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail yang juga Ahli Parlimen Jasin.

Antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Johor, Ustaz Ruslami Roslan, Pemangku Ketua BERSATU Bahagian Muar, Basut Nin dan Ketua Srikandi BERSATU, Zarina Hassim. – HARAKAHDAILY 10/6/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -