‘PADU jadi dadu, BUDI dah macam badi: Selepas diesel, RON 95’

Razali Idris
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Tempoh hari dah cakap bahawa (harga) bahan api di Malaysia akan naik bermula pertengahan tahun ini, itu pun ramai rakyat tidak percaya.”

Ketua Penerangan Bersatu, Senator Datuk Razali Idris berkata, harga diesel kini mencanak naik dan berkemungkinan minyak petrol RON 95 juga naik harga selepas ini.

- Advertisement -

“Bermula dengan diesel, mencanak sampai RM3.35 seliter kononnya selaras dengan pelaksanaan penyelarasan semula subsidi bahan api tersebut.

“Kami di Semenanjung Malaysia akan bermula kesengsaraan itu. Sabah dan Sarawak, tidak lama lagi.

“Penyakit ‘ibu segala kenaikan’ pasti melarat kepada RON97 dan RON95, tidak lama lagi, tunggu sahaja rakyat yang marhaen,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) telah naik kepada 8 peratus berbanding 6 peratus pada 1 Mac lalu.

“Pada bulan-bulan lalu, kesengsaraan SST 8 peratus terus mencengkam kos sara hidup, kenaikan cukai pintu secara drastik juga menganggu kelangsungan kehidupan, malah permasalahan sekarang masih tidak ‘selesai-selesai’ (tamat),” jelas beliau.

Tambahan pula, menurut Razali, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dibangunkan supaya menjadi sumber rujukan utama kerajaan dalam merancang sosioekonomi dan menyusun dasar-dasar negara secara lebih terperinci.

Dalam pada itu, ujar beliau, rakyat turut tertanya-tanya mengapa perlu membuat permohonan baharu iaitu Budi Madani sedangkan mereka sudah mengisi sistem PADU sebelum ini.

“Rakyat semakin gelisah sekarang, tidak tahu siapa yang hendak diharapkan…PADU dah menjadi DADU, sekarang ni BUDI dah macam BADI pula dah,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/6/2024

- Advertisement -