Lupa semua dah, dulu PH bantah kenaikan harga diesel

Datuk Idris Ahmad
- Advertisement -

KOTA BHARU: Penyokong Pakatan Harapan (PH) seolah-olah lupa apa yang pernah dilakukan mereka membantah kenaikan harga diesel ekoran pelaksanaan subsidi bersasar.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, kenaikan sebanyak RM1.20 itu mungkin dianggap lebih rendah oleh penyokong PH berbanding keputusan sama ketika pemerintahan Dato’ Seri Najib Razak.

“Mungkin Cybertrooper PH gembira kot (dengan pengumuman kerajaan), kot dapat ‘kad khas’ untuk dapat minyak (diesel) murah.

“Dahulu zaman Dato’ Seri Najib hapus (subsidi diesel) sedikit saja, pakat melalak, guling atas jalan raya, berkhemah di Dataran Merdeka. Ooo lupa semua dah,” katanya pada hantaran di laman sosialnya hari ini.

Petang semalam kerajaan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan RM3.35 daripada RM2.15 bagi setiap liter bermula 12.01 tengah malam tadi.

Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, mungkin penyokong PH menerima ‘kad khas’ untuk menikmati harga diesel yang lebih murah daripada harga RM3.35 seliter. – HARAKAHDAILY 10/6/2024

- Advertisement -