Derma kilat tragedi bas libatkan guru SK Jeram

- Advertisement -

MASJID TANAH: PAS Kawasan Masjid Tanah melancarkan derma kilat bagi membantu mangsa-mangsa kemalangan melibatkan bas persiaran yang membawa rombongan guru-guru Sekolah Kebangsaan Jeram, di sini.

- Advertisement -

Kutipan tersebut dilakukan sewaktu majlis Perasmian PAS Kawasan Masjid Tanah yang berlangsung di markaz kawasan di Jalan Hujan Panas, di sini hari ini.

Kutipan tersebut diumumkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman sewaktu menyampaikan ucapan alua-aluan di dalam majlis perasmian tersebut.

Antara mangsa yang terlibat di dalam kemalangan ialah seorang guru yang merupakan isteri kepada Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Masjid Tanah, Zul Sham Mahat.

Mesyuarat agung dirasmikan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim.

Turut hadir Naib Ketua Srikandi BERSATU yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dan Pesuruhjaya PAS Melaka yang juga Ahli Parlimen Jasin, Tuan Guru Zulkifli Ismail.

Berdasarkan laporan media, bas tersebut terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada awal pagi tadi.

Kata laporan itu, bas tersebut yang membawa 37 penumpang, seorang pemandu dan seorang kelindan itu dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM) 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau.

Menurut laporan itu lagi, tiga maut iaitu dua guru dan pemandu kedua bas tersebut. – HARAKAHDAILY 9/6/2024

- Advertisement -