Bagaimana korupsi begitu berleluasa di era Madani?

- Advertisement -

GOMBAK: Rasuah yang berlaku dan menjadi masalah dalam negara ini kebanyakannya berpunca daripada pendanaan politik, namun akta untuk menangani perkara tersebut hingga kini belum menjadi kenyataan.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Hizatul Isham Abdul Jalil yang lebih dikenali sebagai Isham Jalil mengupas perkara itu dalam Ceramah Isu Semasa sempena Jelajah Selamatkan Malaysia di Kompleks PAS DUN Sungai Tua, di sini semalam.

- Advertisement -

Beliau menyentuh masalah korupsi yang berlaku dalam kerajaan kini antaranya melibatkan pemberian kontrak kepada syarikat diterajui suami seorang Menteri, tetapi apabila dipertikai dijawab dengan pelbagai alasan.

Bidas beliau, apabila perkara seperti itu berlaku dalam kalangan Menteri Kabinet, maka masalah sama pasti juga wujud di peringkat pegawai bawahan, namun tangkapan atas kesalahan itu hanya terhadap kes beberapa ribu Ringgit.

“Yang juta-juta kat atas macam mana? Dia (pegawai kerajaan) yang ambil rasuah lima enam ribu ini dia tengok atas (pemimpin politik). Eh atas, laki bini (Menteri) dapat saudara-mara dapat, tak akan aku tak boleh? Betul?

“Itu satu lagi masalah. Sebab itu kita suruh dia letak jawatan. Sebab bukan sahaja ini menjadi isu moral dan etika tapi ia menjadi contoh yang tak baik,” ujarnya menjelaskan bahawa masalah itu tidak pernah berhenti.

Beliau turut kesal apabila isu seperti itu dibangkitkan oleh ahli-ahli politik lawan, terdapat pula pemimpin kerajaan yang seakan mempertahankan kes tersebut dan mencabar untuk dibuat laporan.

Bidas Isham, reaksi seperti itu adalah tidak masuk akal seolah-olah akan menyebabkan pihak penguat kuasa undang-undang perlu menunggu aduan rasmi dibuat sebelum mengambil tindakan terhadap jenayah yang diketahui.

“Takkan tak tahu undang-undang? Sebenarnya pihak berkuasa tak payah tunggu laporan untuk menyiasat. Kalau ada sesuatu yang ini kan pihak berkuasa boleh terus menyiasat tak payah buat laporan?

“Satu lagi perangai dia orang ni bila dia buat salah, dia nak _‘divert’_ (alih), dia pergi cerita orang lain sama. Macam cerita orang merogol kena tangkap, dia cakap ‘Bukan aku seorang merogol orang lain pun merogol apasal kau tak tangkap?’

“Dia tak boleh kalau orang itu merogol, mencuri, awak tak boleh ikut (lakukan perbuatan seperti itu). Tak boleh, salah (bersikap seperti) itu, bukannya defense (pertahankan) dia (orang salah itu). So dia kena siasat benda itu,” tegasnya.

Masalah tatakelola berkenaan ceritanya, turut berlaku dalam pendedahan yang dibuat terbuka misalnya menerusi media sosial apabila si pendedah dicabar untuk ‘menyelesaikan’ perkara tersebut secara pertemuan bersemuka.

Isu seumpama turut dipertikaikannya apabila pentadbiran kerajaan kini bertindak menjual pegangan-pegangan saham yang merupakan kepentingan atau aset negara, sedangkan ia mencatatkan keuntungan dan prestasi. – HARAKAHDAILY 8/6/2024

- Advertisement -