Tutup aurat tidak halang bersukan

- Advertisement -

LAHAD DATU: Tiada halangan bagi murid Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Lahad Datu berjaya dalam sukan sekalipun menutup aurat.

- Advertisement -

Ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Kanizam Kamis berkata kejayaan cemerlang yang ditunjukkan oleh murid-murid SRITI membuktikan pakaian menutup aurat yang disarankan Islam tidak menyekat untuk mereka menempa kejayaan.

“Islam tidak pernah menghalang kita bersukan bahkan menggalakkan. Antara tiga sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah berenang, memanah dan berkuda,” katanya pada Majlis Penutupan Kejohanan Sukan SRITI Lahad Datu ketiga di sini, kelmarin.

Namun, ujarnya bukan bermakna sukan lain tidak menepati sunah malah juga digalakkan.

Beliau turut memuji murid-murid SRITI kerana bersukan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Kanizam juga berharap agar ibu bapa menjaga anak-anak bukan sahaja dari sudut jasmani, bahkan Rohani dengan memastikan mereka menutup aurat dengan sempurna. – HARAKAHDAILY 7/6/2024

- Advertisement -