Pertandingan cipta logo Muktamar PAS ke-70

Khairul Faizi Ahmad Kamil
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dipelawa menyertai pertandingan mencipta logo Muktamar Tahunan PAS ke-70 pada tahun ini.

Timbalan Pengarah 1 Muktamar PAS Pusat kali ke-70, Khairul Faizi Ahmad Kamil, berkata syarat penyertaan adalah peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan dalam laman sesawang rasmi PAS melalui http://www.pas.org.my/logomuktamar.

- Advertisement -

“Penyertaan adalah percuma dan dibuka pada 3 Jun hingga 16 Jun pada jam 12 tengah malam. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dan penyertaan adalah milik penganjur.

“Selain itu, keputusan pengadil adalah muktamad. Juri akan diketuai oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan merangkap Pengerusi Panitia Muktamar PAS Pusat kali ke-70, Insya-Allah,” katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Khairul Faizi berkata, kriteria logo yang baik haruslah mempunyai reka bentuk baru, asli dan tidak mengandungi unsur sensitif, serta menggambarkan muktamar kali ini dengan ciri-ciri lokasi di Pahang.  

Penganjuran muktamar kali ini bakal  diadakan di Kompleks Al-Makmur Kerdau, Temerloh, Pahang pada September ini.

Sementara katanya lagi, penggunaan warna logo tidak melebihi empat warna dan reka bentuk menarik dan kemas.

“Logo mestilah mempunyai penjelasan terhadap reka bentuk, simbol dan warna yang digunakan, serta logo dan penjelasan hendaklah dalam satu dokumentasi bersaiz A4 berwarna putih (21×29.7 sentimeter, resolusi 300 titik per inci),” jelas beliau.

Oleh demikian, menurutnya,  cara penghantaran penyertaan perlulah dalam bentuk ‘softcopy’ melalui dokumen format pdf, ai, atau psd dan; jpeg; dan borang penyertaan. 

“Penghantaran penyertaan juga perlu di hantar melalui e-mel, [email protected],” ujarnya.

Tambah beliau, pertandingan cipta logo Muktamar PAS ke-70 menawarkan hadiah tersebut kepada 11 pemenang.

“10 pemenang hadiah saguhati masing-masing akan menerima wang tunai RM100 setiap seorang, manakala hadiah utama pemenang akan menerima wang tunai RM1,570,” katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi urusetia Logo Muktamar, Ikhwan di 013-2297317. – HARAKAHDAILY 6/6/2024

- Advertisement -