Tindakan tegas terhadap pemandu e-hailing hina Islam, negara 

Pemandu e-hailing dikenali sebagai Henry (kiri) dalam video bersama salah seorang pelancong asing dalam video yang tular pada 4 Jun 2024. (FOTO: Tangkapan skrin)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu memburukkan nama negara dan rakyat beragama Islam di Malaysia tular semalam susulan video  seorang pemandu e-hailing melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu ketika membawa orang pelancong asing yang menaiki keretanya.

Menerusi video berdurasi 3:58 saat itu menunjukkan kereta pemandu dipercayai berbangsa Cina yang dikenali sebagai Henry itu telah dinaiki oleh dua orang pelancong  dari England menuju ke satu destinasi yang tidak dapat dipastikan.

- Advertisement -

Sepanjang perjalanan, pemandu e-hailing itu dilihat telah berbual dengan kedua-dua penumpang berkenaan. 

Namun apa yang menarik perhatian adalah apabila dia kemudian telah memburukkan nama Malaysia dan penduduk beragama Islam di negara ini.

Antara yang diutarakan oleh Henry adalah, “Di sini anda sepatutnya berasa seronok, tetapi disebabkan ia (Malaysia) negara Muslim, mereka mahukan kita untuk ikut agama mereka (Islam). Ia sangat tidak adil, betul?”

“Mereka tidak minum (alkohol), tidak berjudi. Jadi, mereka haramkan kesemua minuman dan aktiviti perjudian tersebut. Tiada hiburan,” katanya.

Kenyataan itu kemudiannya disambut oleh penumpang berkenaan yang menyatakan, “Oh… itu tidak menyeronokkan.” 

Pemandu berkenaan kemudian menambah, “Ia seperti tinggal di dalam gua, tinggal di dalam hutan, bermain bersama haiwan. Saya tidak faham pemikiran rakyat Muslim di Malaysia.” 

“Awak datang ke dunia ini, lahir di dunia ini, awak sepatutnya menikmatinya,” tambahnya.

Tindakan bodoh itu kemudiannya telah mendapat kecaman daripada rakyat Malaysia yang melihat video tersebut di media sosial Instagram, TikTok dan X yang tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pemandu e-hailing tersebut kerana ia sama sekali tidak benar.

Menerusi satu komen di laman X dengan nama pengguna @mrdhfa menulis, “Larang minum arak padia Malaysia ni? Kedai arak bersepah dekat KL tu, besar-besar pulak tu. Lucutkan kerakyatan. Islam tak ganggu kau pun. Ada orang Islam datang ketuk rumah kau ke, hidup kau buat grab pun tenang je”

Seorang lagi pengguna laman X, @Aniqthebigman menulis, “Terjumpa video uncle bawa grab bangsa cina kutuk orang Islam…you dont deserve to live in this country”.

Oleh yang demikian, rata-rata netizen mahukan syarikat e-hailing pemandu berkenaan mengambil tindakan tegas terhadapnya, begitu juga pihak berkuasa digesa bertindak segera, kerana jelas sekali lelaki telah mengeluarkan kenyataan sensitif menghina negara dan masyarakat Islam di negara ini kepada pelancong asing. –HARAKAHDAILY 5/6/2024

- Advertisement -