SATU peruntukan berkaitan ‘hak pekerja’ yang khusus kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) telah dimasukkan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, melalui Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)2022.
Peruntukan perundangan ini selari dengan hak pekerja berkaitan KKP yang dinyatakan dalam Konvensyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1981 (No. 155) / C155 oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menerusi Artikel 13.
Article 13. C155
A worker who has removed himself from a work situation which he has reasonable justification to believe presents an imminentand serious danger to his life or health shall be protected fromundue consequences in accordance with national conditions andpractice.
Peruntukan tersebut ialah:
Seksyen 26A AKKP 1994
26A.(1) Seseorang pekerja, selepas memberitahu majikannya atau wakilnya bahawa dia mempunyai justifikasi yang munasabah untuk mempercayai terdapat suatu bahaya hampir pasti berlaku di tempat kerjanya, hendaklah mempunyai hak untuk mengeluarkan dirinya daripada bahaya atau kerja itu jika majikan itu gagal untuk mengambil apa-apa tindakan untuk menghapuskan bahaya itu.
(2) Seseorang pekerja yang mengeluarkan dirinya daripada bahaya mengikut subseksyen (1) hendaklah dilindungi daripada akibat tidak wajar dan tidak boleh didiskriminasikan.
(3) Bagi maksud seksyen ini, “bahaya hampir pasti berlaku”ertinya suatu risiko kematian yang serius atau kecederaan badan yang serius kepada mana-mana orang yang disebabkan oleh mana-mana loji, bahan, keadaan, aktiviti, proses, amalan, tatacara atau bahaya tempat kerja.
Kriteria yang perlu diambil kira bagi “bahaya hampir pasti berlaku” –
● Terdapat risiko kematian dan kecederaan badan yang serius, di mana ‘kecederaan badan yang serius’ adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat, AKKP 1994. dan,
● Pada situasi tersebut, kematian dan kecederaan badan yang serius ini boleh berlaku dengan segera atau dalam masa yang singkat.
Maksud “mempunyai justifikasi yang munasabah untuk mempercayai terdapat suatu bahaya hampir pasti berlaku” –
● pekerja tersebut mempunyai alasan yang boleh dibuktikan bagi “bahaya hampir pasti berlaku”; dan
● pekerja tersebut benar – benar percaya dengan sesuci hati (in good faith) bahawa dia terdedah kepada “bahaya hampir pasti berlaku” yang berkemungkinan akan menyebabkan kematian dan kecederaan badan yang serius.
Namun sejauh mana hak pekerja ini dapat ‘dinikmati’ oleh pekerja tanpa diskriminasi oleh majikan? Antara kes yang boleh dirujuk seperti kes di Amerika Syarikat, kes Duane Carlson (Plaintif) melawan Arrowhead Concrete Works Inc (Defenden). Apapun di Malaysia masa dan ketikanya sahaja akan membuktikan!
Oleh:
TS HAJI SHAHRONIZAM NOORDIN
Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – HARAKAHDAILY 5/6/2024