PH pandu negara ke mana, terjun gaung? – Sanusi

Yakin PN pertahan kerusi N.20 DUN Sungai Bakap

- Advertisement -

ALOR SETAR: “Tahu tak kenapa Perikatan Nasional (PN) kononnya nampak pudar? Sebab saingan kita iaitu Pakatan Harapan (PH) pudar.

- Advertisement -

“Kalau kita kenjoi (pulun) 100 kilometer (km) sejam, saingan kita hanya boleh 30km sejam saja, buat apa kita nak pulun sampai 100 km? Turunkan sikit, tak letih sangat, minyak pun makan tak banyak.”

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian sebagai membalas dakwaan pemimpin PH kononnya PN sudah semakin pudar sekarang ini

“Pasai depa (mereka) teruk, prestasi teruk, buat apa kita pi laju-laju.
Jawapan politik macam tulah, depa bukan ada gelombang apapun. Kita ada juga walaupun pudar,” katanya.

Menteri Besar Kedah itu mengulas demikian pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

PN tegasnya, komited mempertahan kerusi DUN Sungai Bakap PRK nanti walaupun PH cuba mengukur kecemerlangan mereka apabila menang pada PRK Kuala Kubu Baharu (KKB), baru-baru ini

“PRK DUN Sungai Bakap, PN akan menang. Kita dok buat kerja. Sat gi pun saya nak pi KL,¬†mesyuarat untuk persiapan PRK Sungai Bakap,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, kata ADUN Jeneri itu lagi, sekiranya kecemerlangan PH diukur berdasarkan kemenangan PRK di Kuala Kubu Baharu, ia sama sekali tidak tepat.

Depa ukur dari segi mana, KKB tempat depa (PH), dia menang ambil balik, normallah, bukan ‘upset’. Bukan satu ‘come back’ yang hebat. Dia menang pastu dia menang, habislah.

“Tapi kalau tempat tu PN menang, lepas tu dapat kat depa, baru kita naik sereyau (risau), chering (meremang) bulu roma juga, tapi tak chering apapun sebab depa dok lagu (seperti) tu juga,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu tegasnya, tidak timbul PN terpaksa ‘defensif’ kerana dua DUN lain (Jawi dan Sungai Acheh) termasuk Parlimen Nibong Tebal, dimenangi PH pada pilihan raya lalu.

“Pulau Pinang ni PN jarang menang. Dahulu pembangkang ada seorang sahaja, sekarang ada tujuh. Jadi saya rasa depa yang ‘defensif’. Kita akan pi lagi, tak merisaukan apa-apa,” tegasnya.

Bidasnya, dengan isu-isu yang banyak di Pulau Pinang termasuk di peringkat nasional, PH tidak boleh diharapkan untuk memacu negara, malah rakyat mengakui gabungan itu gagal menangani masalah negara sejak diberi mandat mentadbir.

Sedangkan, ketika negara diterajui PN, pelbagai cabaran termasuk Covid-19 dapat dihadapi dengan baik sehinggalah negara bebas dari wabak itu dengan selamat.

“Jadi kepada siapa lagi kita boleh menaruh harapan selain PN? Malah pandangan rakyat bawahan juga mengakui PH tidak boleh diharapkan lagi. Kita bercakap atas politik bukan peribadi mana-mana individu.

“Kita nak tengok hala tuju politik negara, ke mana negara sedang dipandu, menuju gaung atau apa? Tapi takat la, saya tak nampak apa-apapun melainkan dok perbetul sesama depa.

“Ada satu parti yang menjadi komponen PH, kini semakin ‘ghuyub’ dan hanya seperti melukut di tepi gantang mengharapkan belas kasihan orang lain,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 5/6/2024

- Advertisement -