Sidang DUN Kelantan bermula hari ini

- Advertisement -

KOTA BHARU: Persidangan Kali Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 bagi Tahun 2024 bermula hari ini. Sidang itu akan berakhir Khamis ini.

- Advertisement -

Speaker DUN, Dato’ Sri Amar Diraja Mohd Amar Abdullah berkata, Adun Salor Saizol Ismail tidak dapat menghadiri kerana bercuti bagi menunaikan ibadat haji di Makkah.

“Saya ada menerima sepucuk surat pemakluman dan juga permohonan untuk tidak menghadiri persidangan pada kali ini daripada Adun Salor kerana menunaikan ibadah haji.

“Permohonan ini bermula pada 30 Mei sehingga 12 Julai, semoga beliau mendapat haji yang mabrur dan dengan ini saya meluluskan permohonan untuk tidak hadir persidangan kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan DUN diadakan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Pada sidang DUN hari ini, soalan-soalan mulut akan dikemukakan Mohd Adanan Hassan (PAS-Kelaboran), Nik Bahrum Nik Abdullah (PAS-Chempaka) dan Dr Hafidzah Mustakim (PH-Kota Lama).

Selain itu soalan turut dikemukakan Mohamad Nasriff Daud (PAS-Pengkalan Pasir), Zuraidin Abdullah (PAS-Chetok), Kamaruzaman Mohamad (PAS-Gual Periok), Harun Ismail (PAS-Tawang).

Mohd Huzimy Che Husin (PAS-Pantai Irama), Bahari Mohamad Nor (PAS-Gual Ipoh), Azhar Salleh (PAS-Pulai Chondong), Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil (PAS-Kuala Balah) dan Fauzi Abdullah (PAS-Manek Urai). – HARAKAHDAILY 4/6/2024