PAS Tawau sedia letak calon PRN Sabah

- Advertisement -

TAWAU: PAS Kawasan Tawau sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 nanti.

- Advertisement -

Yang Dipertuanya, Mohamad Hussain menyatakan hasrat tersebut semasa menyampaikan ucaptama  dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan ke-36 yang diadakan di sini, kelmarin.

Katanya, walaupun pada PRN ke-16 lalu PAS Tawau tidak meletakkan calon namun kali ini memberi isyarat akan berbuat demikian pada PRN yang dijangka pada tahun hadapan.

Sehubungan itu, beliau meminta agar seluruh jentera menerima sesiapa sahaja yang akan diletakkan sebagai calon nanti.

“Oleh itu, marilah kita memberikan komitmen yang maksimum kepada parti bagi menghadapi pilihan raya nanti,” katanya pada mesyuarat yang dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.

Ustaz Yusni dalam ucapan perasmian berkata keberadaan ahli dalam PAS adalah untuk melaksanakan perintah Allah dengan meletakkan diri sebagai pembantu bagi menegakkan agama Allah Taala. (Foto atas)

“Setiap ahli dan jentera PAS dinasihatkan supaya sentiasa beringat bahawa memiliki satu jawatan itu adalah untuk melaksanakan perintah Allah Taala,” katanya.

Sementara itu, mesyuarat sebulat suara meluluskan usul agar PAS kawasan bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi DUN pada PRN nanti.

“Jentera PAS perlu bersiap sedia untuk menghadapi PRN akan datang di samping kerja-kerja turun bertemu dengan para pengundi bagi memastikan kemenangan PAS,” kata perwakilan Dewan Pemuda PAS Kawasan, Khairuk Sirajuddin berhubung usul itu. – HARAKAHDAILY 4/6/2024

- Advertisement -