Larang kempen politik di masjid, tapi PH buat boleh?

Menjelang PRK N.20 DUN Sungai Bakap

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) belumpun bermesyuarat untuk menetapkan tarikh-tarikh penting bagi PRK N.20 DUN Sungai Bakap yang bakal diadakan nanti.

- Advertisement -

Namun, penganjuran program berunsur kempen parti politik sudahpun giat bermula dengan di pihak Pakatan Harapan (PH) sepertimana pada PRK sebelum-sebelum ini telah bertindak wewenangan.

PKR menerusi sayapnya iaitu Wanita PKR sebagaimana poster yang tular akan menganjurkan program Wanita Bersolidariti Untukmu Palestin di Masjid AS-Solihin, Kepala Gajah, Simpang Empat, di sini pada minggu hadapan.

Majlis yang terang-terangan menggunakan logo politik itu bakal menampilkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pulau Pinang dan anak Perdana Menteri.

Juga Ketua Wanita PKR Pusat, Fadhlina Sidek dan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Nurhidayah Che Rose iaitu bekas calon PH DUN Sungai Bakap yang tewas pada PRN November tahun lalu.

Ironinya, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sebelum ini telahpun menegaskan larangan penggunaan masjid untuk kempen pilihan raya oleh mana-mana individu, kumpulan atau parti politik.

Arahan tersebut tertakluk kepada semua masjid kariah, masjid ghair jamek, surau Jumaat dan surau seluruh negeri ini yang dikeluarkan menerusi pekeliling bertarikh 25 Oktober 2022 ditandatangani Setiausaha MAINPP.

Warga maya yang memberi reaksi terhadap iklan tersebut rata-rata mempertikai penganjuran tersebut kerana bertentangan pekeliling telah termaktub antaranya mempersoal tatakelola telah digariskan.

Depa buat (kempen politik di masjid) tak pa, orang (lain) buat tak boleh. Inilah dipanggil undang-undang rimba,” ujar salah satu status yang menempelak bersandarkan logo parti terdapat pada poster berkenaan. – HARAKAHDAILY 3/6/2024

- Advertisement -