Jangan pandang remeh isu GIP- BlackRock, MAHB

Muhammad Zikri Zulkifli
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikuasai syarikat pro-Israel, BlackRock tidak boleh dipandang remeh.

Ketua Armada Bersatu Negeri Pulau Pinang, Muhammad Zikri Zulkifli berkata, beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abshar Nurasyraf pada 28 Mei yang lalu yang diterbitkan oleh portal Suara Keadilan dalam artikel bertajuk, Konsortium MAHB Jangan terlalu politikkan dana antarabangsa BlackRock.

- Advertisement -

“Abshar dalam artikel tersebut telah menyifatkan langkah penjualan langkah penjualan MAHB itu tidak sepatutnya dipolitikkan dan sebaiknya pembangkang perlu melihat dahulu kebaikan daripada peningkatan kualiti MAHB yang bakal diperoleh.

“Abshar turut menyatakan bahawa pihak pembangkang sebaliknya perlu melihat operasi BlackRock yang menguasai hampir kesemua syarikat senarai awam yang mana pelaburan mereka merangkumi pelbagai jenis aset termasuk ke atas gergasi teknologi seperti Google, Facebook dan Apple, serta menambah kalau nak boikot bermakna kita kena boikot semua yang ada dan terlibat dalam saham itu,” katanya.

Menurut beliau, Armada Bersatu Negeri Pulau Pinang ingin mengingatkan AMK Pulau Pinang serta semua pihak bahawa rakyat Palestin terutamanya di sempadan Gaza yang terus menerus dibedil dan dibunuh tanpa perikemanusiaan sejak bulan Oktobar yang lalu.

Tambah beliau, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa angka korban di sempadan Gaza telah melangkaui 35,000 nyawa dan ini juga termasuk golongan wanita serta kanak-kanak yang telah dibunuh dengan kejam oleh rejim Zionis Israel.

“Pada 2 Jun 2024, seorang Profesor Hak Asasi dari Jepun yang pernah berkhidmat secara rasmi sebagai Pegawai Hak Asasi PBB bernama Prof. Saul Takahashi juga telah mengeluarkan sebuah video menyeru agar kerajaan Malaysia menilai semula penjualan MAHB serta mengelak dari menjalankan sebarang urusan dengan syarikat yang mendanai serta menjadi sebahagian daripada tindakan pembunuhan yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis Israel.

“Prof Takahashi juga menyifatkan langkah penjualan MAHB kepada BlackRock oleh kerajaan Malaysia sebagai ‘unconscionable’ yang bermaksud ‘tidak berakal’ serta bertentangan dengan pendirian Malaysia selama ini yang mendokong perjuangan Palestin,” tegasnya..

Beliau menyatakan, AMK sebagai suatu sayap yang berada dalam sebuah parti yang diceritakan memperjuangkan prinsip keadilan dan kemanusiaan, perlu berpegang kuat dengan prinsip tersebut dan tidak memandang remeh dengan tindakan penjualan sebahagian saham MAHB kepada sebuah syarikat yang bersekongkol dengan tindakan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.

“Justeru, Armada Bersatu Negeri Pulau Pinang menggesa agar Kerajaan Malaysia menangguh dan mempertimbangkan semula proses penjualan saham MAHB kepada BlackRock, dengan mengambil kira pandangan kesemua pemegang taruh dan bakal pelabur.

“Ia adalah agar aset penting Malaysia tidak tergadai kepada pihak yang terlibat dengan tindakan genosid keatas rakyat Palestin di Gaza sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/6/2024

- Advertisement -