Kohilal tumpu negeri di bawah SG4

- Advertisement -

KOTA BHARU: Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad (Kohilal) mengadakan program jelajah ke seluruh negara bagi mempromosi barangan keluaran syarikat terbabit.

- Advertisement -

Pengerusinya, Mustaffa Salleh berkata, pihaknya mendapat maklum balas daripada stokis negeri-negeri untuk meningkatkan semula prestasi koperasi tersebut.

Katanya, Kelantan merupakan negeri kedua ‘roadshow’ selepas Pulau Pinang setelah Kohilal mendapat kerjasama pimpinan peringkat negeri.

“Selepas ini kita bercadang nak pergi ke Perlis dan Kedah dan ia bergantung kepada kerjasama pimpinan negeri,” katanya ketika ditemui selepas taklimat bersama stokis baru dan pengedar di Kelantan di sini semalam. (Foto atas)

Turut hadir pada taklimat tersebut Penyelaras Perhubungan KOHILAL Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yussof serta stokis dan pengedar Kohilal Negeri Kelantan, Ustaz Hussain Muhammad. Kohilal merupakan salah satu entiti di bawah Lajnah Ekonomi PAS Pusat.

Mustaffa juga berkata pihaknya menyasarkan negeri-negeri dalam gagasan State Government 4 (SG4) untuk mempertingkat dan memperkukuhkan sosio ekonomi umat Islam.

Beliau turut memuji komitmen PAS Kelantan untuk merealisasikan hasrat tersebut selain mencadangkan koperasi itu menjalinkan hubungan perniagaan agensi-agensi kerajaan negeri.

Langkah tersebut katanya bagi memasarkan produk keluarannya di premis Koperasi Wanita Islam Kelantan Berhad (KOWANIS) selain memasarkan barangan Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd.

“Kita nak contoh macam Kelantan. Tahniahlah saya berasa bangga sebenarnya, mereka sanggup beri komitmen dan kerjasama penuh untuk meningkatkan produk Kohilal sedia ada,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/6/2024

- Advertisement -