Surat Khamenei buat pelajar Amerika bangkit kemarahan Zionis

Puak Zionis dan sekutunya terkesan dengan perutusan surat Ayatollah Khamenei buat pelajar-pelajar universiti Amerika pro-Palestin. (FOTO: MNA)
- Advertisement -

TEHRAN: Perutusan surat oleh Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei yang memuji pelajar-pelajar di universiti  seluruh Amerika Syarikat (AS) kerana membela rakyat Palestin dalam gelombang protes susulan genosid di Semenanjung Gaza oleh tentera Israel telah menimbukan kemarahan beberapa tokoh Zionis dan AS.

“Apabila anda telah memenangi hati Ayatollah Seyyed Ali Khamenei, anda telah kehilangan Amerika Syarikat,” tulis Speaker Dewan Rakyat AS, Mike Johnson melalui platform X, lapor Tehran Times.

Johnson disambut dengan ejekan apabila beliau melawat kampus Universiti Columbia pada bulan lalu ketika cuba berbincang dengan kumpulan pelajar yang mengadakan protes dan bantahan agar universiti tersebut memutuskan hubungan kerjasama dengan institusi Israel. 

- Advertisement -

Dalam temu bual kemudiannya, ahli Republikan itu melabelkan pelajar-pelajar berkenaan sebagai ‘pengganas yang bercita-cita tinggi’, mengatakan beliau akan memastikan bahawa profesor kolej dan pelajar yang terlibat dalam protes itu akan dibawa ke sidang Kongres.

Penderma terbesar kempen politik Johnson ialah Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel Amerika (AIPAC), yang merupakan organisasi melobi pro-Israel yang menyeru sokongan AS tanpa syarat untuk Israel dan menolak sebarang kritikan terhadap rejim itu.

Satu lagi reaksi marah datang daripada Ritchie John Torres, wakil AS untuk daerah kongres ke-15 New York. 

Torres berkata bahawa pujian Khamenei terhadap pelajar AS bermakna mereka adalah ‘bodoh yang dipergunakan di sisi sejarah yang salah’. Penderma terbesar ahli politik Demokrat itu juga AIPAC.

Beberapa pegawai Israel juga naik marah selepas surat itu dikeluarkan. “Tahniah, anda kini adalah anak kesayangan kepada pembunuh Mahsa Amini,” kata utusan Israel ke Belgium dan Luxembourg dalam akaun media sosialnya.

Idit Rosenzweig-Abu merujuk kepada kematian seorang wanita Iran yang kehilangan nyawanya pada September 2022 selepas rebah di balai polis. 

Media Barat dan Israel dalam laporan berita mendakwa Amini telah meninggal dunia akibat kecederaan otak yang dialaminya semasa konfrontasi dengan pasukan polis.

Bagaimanapun, rekod hospitalnya, imbasan otak, dan video bapa Amini yang mengesahkan kepada pekerja kehakiman bahawa anak perempuannya tidak cedera dalam apa jua bentuk membuktikan kematiannya bukan akibat konfrontasi polis. 

Siasatan lanjut mendapati Amini meninggal dunia akibat penyakit otak yang sedia ada, yang mana dia telah menjalani pembedahan ketika kanak-kanak.

Namun begitu, Israel dan negara Barat menggunakan kematian Amini untuk mencetuskan rusuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Iran pada musim gugur 2022, yang mana lebih 300 orang termasuk lebih daripada 70 pasukan keselamatan kehilangan nyawa mereka.

Lebih ramai warga Israel cuba menggunakan naratif palsu berkenaan kematian Amini untuk melemahkan semangat pelajar-pelajar universiti Amerika pro-Palestin. 

Seorang peguam yang bekerja untuk Institut Keselamatan Negara dan Strategi Zionis menulis di X: “Apabila Ayatollah Khamenei memuji anda, anda berada di sisi yang salah dalam sejarah!”

Peguam itu telah menyokong pembunuhan beramai-ramai wanita dan kanak-kanak Israel di Gaza dengan alasan berbeza sejak lapan bulan lalu.

Kumpulan pelajar universiti AS pro-Palestin bagaimanapun telah memberikan respons positif terhadap daripada surat Ayatollah Khamenei itu. 

Mereka memuji mesej itu sebagai tanda bahawa usaha mereka tidak disedari dan berikrar bahawa mereka akan terus mempertahankan hak asasi manusia walaupun tekanan yang semakin meningkat.

Sejak dua bulan lalu, pelajar-pelajar berkenaan telah menubuhkan perkhemahan di universiti di seluruh Amerika Syarikat, menyeru agar institusi pengajian mereka memutuskan hubungan dengan entiti Israel. 

Protes aman mereka itu bagaimanapun telah disambut dengan tindakan keras, penggantungan, dan ancaman dalam pelbagai bentuk yang amat ganas oleh pihak berkuasa AS. – Agensi-HARAKAHDAILY 1/6/2024

- Advertisement -