Pengumuman Kerajaan Madani sentiasa resahkan rakyat

Nadzir Helmi dalam program Ceramah Isu Semasa, Jelajah Selamatkan Malaysia Siri ke-2 di Kuala Lumpur pada malam tadi, 31 Mei 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhamad Zharif Zulkiflee)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Hari demi hari, ada sahaja pengumuman daripada kerajaan Madani yang akan meresahkan rakyat.”

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Nadzir Helmi berkata, rakyat sedang resah dan sentiasa menunggu apa lagi pengumuman yang meresahkan mereka, yang akan dimaklumkan pihak kerajaan.

- Advertisement -

Menurutnya, sistem pemerintahan Kerajaan Madani sekarang ini, makin hari makin bercelaru dan penuh kepincangan.

“Sebelum mereka menjadi kerajaan, mereka tidak akan sentuh subsidi rakyat. Ia satu pengkhianatan jika sentuh subsidi rakyat tetapi (akhirnya kini) itu yang mereka buat.

“Sebagai panduan kita, lihat semula ceramah mereka  (ketika menjadi pembangkang) sejak dari tahun 2012 hingga 2020, banyak yang mereka serang kerajaan ketika itu dan banyak juga mereka menabur janji,” katanya alam program Ceramah Isu Semasa, Jelajah Selamatkan Malaysia Siri ke-2 berjudul, Subsidi ditarik, Janji Tinggal Janji, di sini, malam tadi.

Turut hadir mantan Timbalan Ketua Umno Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard sebagai panel pada program tersebut.

Nadzir menyatakan, sebelum 15 hari sidang parlimen akan dimulakan kelak, pihak Lajnah Penerangan PAS akan cuba sedaya upaya untuk menyedarkan rakyat bahawa kita semua sedang dipermainkan oleh kerajaan dari semua sudut.

“Saya yakin bahawa menuju ke sidang parlimen kelak, kita akan ada banyak pilihan raya dan bersedialah yang kita akan didedahkan dengan taburan ‘gula-gula’ daripada pihak Kerajaan Madani.

“Sebarkan maklumat-maklumat sahih sejauh yang mungkin dan semua pihak harus menculas sebaran maklumat dan setiap isu yang dibangkitkan.

“Jangan biarkan ibu bapa, anak-anak dan keluarga kita tidak tahu yang mereka sekarang sedang susah disebabkan pemerintahan Kerajaan Madani ini.

“Salah satu inisiatif penyebaran juga dengan mendapatkan akhbar Harakah yang kini telah membuat banyak pembaharuan agar para pembaca lebih senang mendapat info yang sahih daripada pihak kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/6/2024

- Advertisement -