Laungan tatakelola: Berhenti tipu rakyat

- Gambar hiasan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) digesa untuk berhenti menipu rakyat dengan laungan tatakelola yang baik, berintegriti dan telus kerana tindakan yang dilakukan sama sekali tidak mencerminkan apa yang diucapkan di bibir mereka.

Profesional Istiqamah dalam kenyataannya berkata, rakyat yang mampu berfikir dengan akal sejahtera sudah tidak mampu bertahan serta sudah muak dengan pemimpin yang masih cuba menegakkan benang yang basah dan berlakon suci seolah-olah mereka belum menyeleweng daripada landasan asal perjuangan.

“Sedangkan apa yang pemimpin PH buat sekarang adalah apa yang mereka lawan terhadap pemimpin BN dahulu.

- Advertisement -

“Sejak awal memegang tampuk pemerintahan lagi. Krisis tatakelola sudah bermula apabila, pertamanya melantik individu yang ketika dilantik itu masih mempunyai 47 kes prima facie berkenaan rasuah dan penyelewengan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya dalam kenyataan.

Kedua menurut kenyataan itu, pemimpin PH membuat tuduhan semberono tanpa hujah dan fakta menyokong terhadap musuh politik kononnya musuh politik mereka menerima dana judi.

Tambahnya, ketiga, kes berkenaan Kementerian Sumber Manusia yang dilaporkan mempunyai tuduhan rasuah dan penyelewengan bernilai jutaan ringgit tidak diuruskan pemimpin PH secara tuntas dan adil.

“Keempatnya, diam terhadap parti komponen kerajaan dalam penggunaan aset kerajaan untuk kempen pilihan raya.

“Kelima, menyekat peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang. Keempat, menyekat dan bermain politik dalam penyaluran wang royalti minyak negeri pembangkang. Serta banyak lagi contoh,””jelas kenyataan itu.

Terkini ujar kenyataan tersebut, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita penganugerahan projek secara tender terus kepada suami salah seorang Menteri dari DAP. 

“Jika hal yang sama berlaku pada zaman kerajaan terdahulu, mesti sudah gegak gempita Pakatan Harapan memaksa rakyat turun ke jalanan.

“Sudah-sudahlah pemimpin kerajaan cuba menghias perbuatan kalian dengan imej suci dan bersih. Berlaku jujur adalah kurang menyakitkan hati berbanding gigih untuk menjadi suci dan murni,” kata kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 31/5/2024

- Advertisement -