Perlu ada pelan holistik sebelum laksana subsidi bersasar

Wan Roslan Wan Hamat
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan perlu memberi jaminan konkrit terhadap pelaksanaan subsidi diesel bersasar supaya langkah itu dapat mengelakkan ketirisan bagi jangka masa panjang.

- Advertisement -

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, penguatkuasaan lebih tegas perlu dilaksanakan supaya bantuan pihak terbabit sampai kepada sasaran.

“Subsidi diesel ini bagus bagi free kepada semua rakyat kerana penyasaran dilakukan kerajaan boleh menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan,” katanya di sini. 

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan, jemaah Menteri bersetuju menyelaraskan pemberian subsidi diesel yang berupaya menjimatkan wang kerajaan RM4 bilion setahun.

Menurutnya, sebagai permulaan, langkah tersebut tidak membabitkan pengguna bahan api itu di Sabah dan Sarawak selain mendaftar melalui program khusus.

Wan Roslan yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, rakyat yang layak diminta mendaftar Program Bantuan Subsidi Madani menimbulkan rungutan pelbagai pihak sekarang.

Katanya, banyak kenyataan dikeluarkan kumpulan yang tercicir disenaraikan mendapat subsidi dijangka memberi kesan kepada berganda selepas ini.

“Kerajaan perlu merangka pelan secara holistik untuk pastikan golongan yang benar-benar layak boleh merasai subsidi diberi kerajaan.

“Namun apa yang berlaku sekarang kelihatan ia dilakukan tanpa kajian mendalam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/5/2024

- Advertisement -