Lebih 100 perubahan ikut acuan Islam di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Majlis Perundingan Wanita Negeri dan Majlis Perundingan Wanita Parlimen perlu dijadikan platform untuk membantu wanita Kelantan cemerlang dalam pelbagai bidang.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim berkata, kedua-dua majlis perunding tersebut berperanan meletakkan wanita di tempat sepatutnya.  

Bagaimanapun katanya, usaha untuk melahirkan wanita cemerlang bukan sesuatu yang mudah kerana berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan.

“Banyak faktor dalaman dan luaran yang menjadi asbab kebanyakan wanita gagal memain peranan dengan baik dalam masyarakat,” katanya ketika merasmikan penutup Kursus Kepimpinan Organisasi Majlis Perundingan Wanita Parlimen di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Rohani juga berkata, anak-anak muda yang lahir selepas tahun 1990 mungkin tidak merasai pahit getir gerakan Islam bertapak di Kelantan. 

Katanya tahun 1990 bermula episod perubahan pentadbiran dan pembangunan di Kelantan tidak serupa dengan negeri-negeri lain.

“Sejarah besar itu bermula 21 Oktober 1990 apabila kepimpinan ulama mengambil alih teraju kerajaan Kelantan.

“Dan sehingga sekarang lebih 100 perubahan dilakukan kerajaan Kelantan berdasar acuan Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/5/2024

- Advertisement -