Kelantan sambut baik wujudkan bandar wakaf di Gaza

- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud menyambut hasrat untuk mewujudkan bandar wakaf di Gaza.

- Advertisement -

Beliau mendengar sendiri impian tersebut dalam satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Nadir al Nuri di sini hari ini.

Menruutnya, selain mengadakan majlis munajat dan mengutip dana, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangkan rakyat Palestin.

“Kita akan terus membantu, bermunajat kepada Allah menyatakan solidariti kepada saudara kita di Palestin. Semoga Allah memberi nusrah kepada umat Islam dan menewaskan kezaliman Israel.

“Saya menyambut baik hasrat mewujudkan bandar wakaf dibawa oleh Saudara Nadir bagi membantu memulihkan Gaza pasca peperangan,” katanya satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga menyatakan kegembiraannya dapat bertemu aktivitis kemanusiaan dari Malaysia itu dan mendirikan rumah tangga di Gaza.

Pada pertemuan itu, turut dikongsikan pengalaman Nadir yang terpisah dengan keluarganya selama enam bulan selepas rejim zionis Israel memulakan serangan ke wilayah tersebut pada Oktober tahun lalu.

Menurutnya, perjuangkan rakyat Gaza di Palestin amat dekat di hati rakyat Kelantan malah memberi sokongan kewangan untuk membantu meringan beban dihadapi rakyat ketika Perang.

“Pada akhir tahun lepas melalui tabung Aid4Palestine, kita berjaya mengumpul sebanyak RM3.056 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

“PAS Kelantan berjaya dikumpulkan RM1.6 juta dalam tempoh dua minggu dari 14 PAS kawasan dan dewan iaitu termasuk Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP),” katanya. – HARAKAHDAILY 30/5/2024

- Advertisement -