Isu rakyat, negara: MN kenal pasti lebih 600 NGO

Annuar Musa
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional (MN) telah mengenal pasti lebih 600 badan bukan kerajaan NGO untuk diundang sebagai rakan dialog MN, bertujuan memperluas dan memperkasa jaringan muafakat rakyat dalam menghadapi isu-isu kepentingan rakyat dan negara.

Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia juga sebagai pengiktirafan betapa pentingnya peranan NGO dan tokoh-tokoh individu (NGI) dalam mendepani pelbagai isu yang sangat mendesak pada masa ini.

- Advertisement -

“Surat surat jemputan (kepada 600 NGO) akan dikeluarkan minggu hadapan. MN membuka peluang kepada mana-mana NGO dan individu yang berminat menyertai siri dialog ini.

“Mereka dialu-alukan menyertainya dan boleh hubungi Setiausaha Eksekutif MN, Datuk Irwan ( (012-2390079),” katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Menurut beliau, antara fokus dialog akan berkisar sekitar isu ‘tanah air ku’ termasuklah beban sara hidup rakyat, isu perpaduan Melayu, isu dasar negara, hak asasi rakyat, perlembagaan dan sebagainya.

“Dialog secara bersiri ini akan menyatukan pemikiran NGO NGI kearah negara yang lebih progresif, adil, prihatin serta berkebajikan terhadap semua.

“MN mengalu alukan penyertaan semua NGO NGI serta tokoh-tokoh  tanah air (eminent personalities) dalam dialog ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/5/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!