Hannah Yeoh dinasihat agar nasihatkan suami

Zurk Ahmad (kiri) dan Hannah Yeoh (kanan)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh  dinasihatkan untuk menasihatkan suaminya supaya tidak menerima pelantikan sebagai pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) bernilai RM25 juta daripada kerajaan negeri Selangor.

Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Zurk Ahmad berkata, lebih baik jika semua pasangan kepada Menteri tidak terlibat dalam projek kerajaan sejak awal.

- Advertisement -

“Demi kebaikan kerajaan dan negara sendiri, ada moleknya Hannah teruskan sahaja cita-cita Hannah sejak kecil untuk menjadi pembaca berita. 

“Rakyat tidak perlukan Menteri yang tidak ada prinsip dan salah guna kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau seterusnya berkata, “Tapi nasihat saya, sebagai seorang Menteri dan pemimpin DAP yang konon menyokong tender terbuka dalam pemberian projek kerajaan, seharusnya Hannah Yeoh berasa malu dan mengambil tindakan melepaskan jawatan sebagai menteri.

“Bukankah perjuangan Pakatan Harapan adalah untuk melawan budaya kronisme? Lagipun Hannah bukan orang biasa.

“Hannah adalah seorang mubaligh Kristian sejak zaman remaja yang berjaya menjadi speaker wanita pertama di tanah air. 

“Buku berjudul, Becoming Hannah menunjukkan watak Hannah yang sangat mulia. Saya yakin Hannah sedar di mana silapnya isu projek DRT ini.

“Di manakah tatakelola dalam kerajaan Madani apabila Hannah sebagai isteri dan Menteri boleh membiarkan si suami dengan mudah mendapat projek-projek yang berharga?” katanya. – HARAKAHDAILY 30/5/2024

- Advertisement -