Pak Su Die tak kekok tugas di dapur majlis kenduri

- Advertisement -

PADANG TERAP: ADUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin atau mesra dengan panggilan Pak Su Die, sememangnya terkenal dengan sifat mesra dan mudah bergaul bersama penduduk kampung.

- Advertisement -

Hampir setiap kehadiran beliau ke majlis kenduri, bukan sekadar bertandang memenuhi jemputan, sebaliknya turut sama berperanan membantu menyediakan juadah.

“Kerja-kerja macam ni memang kita dok buat selalu dah. Lagipun dengan cara begitu, lebih mengerat ukhuwah bersama penduduk kampung,” katanya kepada Harakahdaily, di sini.

Radzi tidak kekok membantu menggoreng kuey teow, cucur jawa dan lain-lain, malah sekiranya berkesempatan turut membantu tukang masak menyediakan lauk kenduri.

“Majlis kenduri kahwin seperti inilah, mudah untuk jumpa masyarakat yang kebanyakannya penduduk setempat dan persekitaran,” tambah beliau.

Pak Su Die malah lebih memilih mengambil makanan dan menjamu selera di khemah biasa bersama pengunjung lain daripada khemah asing yang selalunya disediakan kepada tetamu VIP.

Dalam pada itu ujarnya lagi, sikap dan cara sedemikian bukanlah untuk meraih perhatian orang ramai sebaliknya kebiasaan yang dilakukannya sejak dahulu lagi. – HARAKAHDAILY 29/5/2024

- Advertisement -