Menteri Besar rai wartawan sempena HAWANA 2024

- Advertisement -

KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli telah meraikan ahli-ahli Persatuan Wartawan Perlis (PWP) sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, hari ini.

- Advertisement -

“Selamat Hari Wartawan buat semua pengamal media di Malaysia. Wartawan juga adalah barisan hadapan negara dan menjadi wadah penting penyampaian berita dan maklumat kepada orang ramai.

“Kekalkan prinsip kewartawanan dan berintegriti,” katanya yang juga ADUN Sanglang pada majlis yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini.

Untuk rekod, 29 Mei telah diumumkan dan diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional di mana tarikh tersebut dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Seramai 10 wartawan Perlis diraikan termasuk dari Harakah, Utusan Malaysia, Kosmo, Berita Harian, Suara Merdeka, Bernama, Kwong Wah Yit Poh, Guang Ming Daily dan Sin Chew Daily. – HARAKAHDAILY 29/5/2024

- Advertisement -