Penjaga gol Manchester City: Al Ittihad tawar RM150 juta

Ederson masih mempunyai baki dua tahun dalam kontrak dengan Manchester City. (FOTO: SkySports)
- Advertisement -

RIYADH: Al Ittihad menyasarkan perjanjian tawaran awal Liga Pro Saudi sebanyak £25 juta (RM150 juta) buat Ederson Moraes (atau lebih dikenali sebagai Ederson) ketika penjaga gol itu mempertimbangkan untuk meninggalkan Manchester City.

Kelab bola sepak profesional Saudi yang dilatih oleh pemain Argentina, Marcelo Gallardo itu kini menaungi rakan Ederson yang juga rakan senegaranya, Fabinho yang sebelum ini bermain untuk Liverpool, dalam skuad bersama-sama bekas pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante dan Karim Benzema – walaupun penyerang Perancis itu dijangka meninggalkan Al Ittihad musim panas ini.

- Advertisement -

Ederson, 30, mengalami kecederaan di matanya ketika menentang Tottenham pada awal bulan ini yang menyekat permainannya pada musim ini tetapi dia telah mempertimbangkan untuk menghadapi cabaran baharu, lapor BBC.

Liga Pro Arab Saudi telah berminat dan membuat pemerhatian terhadap Ederson sejak lebih setahun yang lalu tetapi ia enggan berbelanja berlebihan dan difahamkan hanya bersedia menawarkan £25 juta untuk mendapatkan khidmat salah seorang penjaga gol terbaik dunia yang masih mempunyai baki dua tahun dalam kontrak dengan Manchester City itu.

Dalam pada itu, Al Nassr juga telah dilapor berminat mendapatkan khidmat Ederson untuk menggantikan David Ospina yang tamat kontrak pada musim panas ini.

Ederson bermain untuk Manchester City sejak 2017 dan telah membuat 332 penampilan untuk kelab itu, memenangi enam gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara. 

City juga telah memenangi dua Piala FA dan empat Piala Liga sepanjang tempoh tersebut.

Sementara Al Ittihad kini berada di tempat kelima dalam Liga Pro Saudi dengan baki satu pusingan perlawanan; dan akan mengakhiri kempen  pada hari ini, Isnin (27 Mei) dengan perlawanan di tempat lawan menentang Al Nassr yang menaungi  Cristiano Ronaldo. – AgensI-HARAKAHDAILY 27/5/2024

- Advertisement -