Keputusan SPM 2023: MADI catat GPS 4.83

- Advertisement -

ARAU: Madrasah Diniah Islamiah (MADI) telah berjaya mencatat nilai Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di mana ia setanding dengan pencapaian sekolah harian biasa.

- Advertisement -

Pengetua MADI, Ustaz Zulhilmi Rasid, dengan rasa syukur dan bangga, memaklumkan bahawa madrasah ini mencatat prestasi terbaik dengan GPS 4.83 di mana enam matapelajaran mencatat kelulusan 100 peratus.

“Alhamdulillah pelajar berjaya lulus 100 peratus dalam enam mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam, Sains, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah (PQS), serta Pendidikan Syariah Islamiah (PSI).

“Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para pelajar, sokongan padu ibu bapa, dan dedikasi tinggi guru-guru. Saya ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dan semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus maju,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagi beliau juga, prestasi terbaik itu berbanding SPM 2022 dengan GPS 5.51 selain seramai 19 daripada 20 calon layak mendapat sijil SPM pada keputusan kali ini yang merupakan pencapaian membanggakan buat MADI.

Seorang pelajar memperoleh 6A iaitu Nurul Aqilah binti Baharom, manakala dua pelajar memperoleh 5A iaitu Sharifuddin Pahzil dan Siti Hajar Yusof.

Selain itu, dua lagi pelajar memperoleh 3A, dua pelajar memperoleh 2A, dan enam pelajar memperoleh 1A. – HARAKAHDAILY 27/5/2024

- Advertisement -