Tidak jawab isu, Madani tuduh pembangkang menghasut

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
- Advertisement -

KOTA BHARU: Banyak pilihan boleh diteliti kerajaan bagi mengelakkan penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada konsortium yang dianggotai Global Infrastructure Partners (GIP).

- Advertisement -

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata kerajaan juga boleh meneliti lima teratas pengurusan lapang terbang terbaik dunia untuk dilaksanakan di negara ini.

“Kalau benar kerajaan mahu baiki lapangan terbang, nak jadikan lebih maju lebih comel, tetapi kenapa tidak boleh pilih syarikat lain yang lebih baik pengurusannya.

“Cari syarikat menguruskan lapangan terbang top five seperti Hamad Doha, Changi Singapura, Haneda dan Narita Jepun dan Incheon Korea Selatan, boleh minta mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada ceramah isu-isu semasa di Madrasah Raudah al Quran al Umari di Kampung Cherang Pulai Chondong dekat sini semalam.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Bersatu berkata kerajaan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh ramai pihak ketika konflik Isreal Palestin memuncak.

Bagaimanapun katanya Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengankutan, Anthony Loke terus menyelar pihak membangkitkan persoalan tersebut dengan label penghasut dan ‘salah tempat’.

“Ini masalah yang tidak dijawab oleh kerajaan, bila orang tanya dia, dia jawab saya menghasut, dia salah tempat salah pintu, ini hujah yang dipanggil mughaladah falasi.” katanya. – HARAKAHDAILY 26/5/2024

- Advertisement -