Baca al-Quran perlu jadi amalan ahli PAS

- Advertisement -

KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sentiasa mengemaskini Facebook rasmi beliau dengan satu keratan muka surat al Quran yang dibacanya secara harian.

- Advertisement -

Beliau berkata, versi al Quran dibacanya sekarang sudah mencecah muka surat 397 yang mengandungi surah al Ankabut bermula dari ayat tujuh sehingga ayat 14 dari aplikasi smart al Quran Jakim.

Menurutnya, bacaan al Quran perlu menjadi amalan setiap ahli PAS, lebih-lebih lagi kepimpinan PAS kawasan di samping amalan solat sunat tahajud dan duha.

Demikian nasihat beliau kepada semua perwakilan pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kubang Kerian kali ke-50 yang diadakan di Maahad Taqqadum Maarif, Pasir Tumboh di sini, semalam.

“Jangan berlalu hari kita tanpa kita buka al Quran, malu dengan Allah. Baca Facebook berjam-jam, tengok TikTok berjam-jam, tiba-tiba al Quran tidak buka pun hari tu,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata lagi, resipi tersebut merupakan kejayaan PAS sehingga menjadi parti yang dominan dalam Dewan Rakyat selain strategi politik yang betul. – HARAKAHDAILY 26/5/2024

- Advertisement -