37 tahun PAS bertapak di Sabah, ada kekuatan tersendiri

- Advertisement -

SANDAKAN: PAS sudah 37 tahun bertapak di Sabah dan pastinya ada kekuatan yang tersendiri di mana masyarakat sudah boleh menerima parti itu.

- Advertisement -

Pengerusi PAS Zon Sandakan, Sahar Abd Majid berkata, perkara itu dibuktikan lagi dengan sambutan daripada masyarakat terhadap PASTI sehingga boleh menerima PAS di negeri ini.

“Kekuatan kita diukur dengan berapa bilangan ahli dan cawangan yang ada, maka perbanyakkanlah ahli dan tubuhkan lebih banyak lagi cawangan di kawasan masing-masing,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Zon Sandakan di Dewan Pavillion, dekat sini semalam.

Sahar turut menegaskan kepada semua perwakilan supaya terus yakin dengan PAS dan membina kekuatan di peringkat kawasan.

Dalam majlis berkenaan turut disampaikan beberapa anugerah bagi meraihkan komitmen cemerlang ahli dan biro yang telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan. – HARAKAHDAILY 26/5/2024

- Advertisement -