Takraw: DPPM ucap tahniah Malaysia tewaskan Thailand

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada pasukan takraw Malaysia yang meraih kemenangan menewaskan Thailand pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 baru-baru ini.

Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hanif Jamaluddin berkata, ini merupakan kemenangan yang sangat manis kerana gergasi sepak takraw, Thailand tewas 16-17, 13-15 di tangan skuad negara yang disaksikan oleh ribuan penyokong di stadium mahupun di platform atas talian.

- Advertisement -

“Skuad negara telah menjuarai acara double dan regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan mengalahkan Thailand 2-0 pada aksi final di Stadium Titiwangsa,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kemenangan ini telah melakar sejarah dan mengharumkan nama Malaysia setelah 14 tahun memasuki Super ISTAF sejak tahun 2011.

“Pemuda PAS mengharapkan sukan Sepak Takraw harus dikekalkan momentum dengan mengadakan pencarian bakat di sekolah-sekolah agar anak-anak muda kini dapat mewarisi acara sukan ini supaya tidak lapuk dek zaman,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/5/2024

- Advertisement -