ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: ADUN Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia pada jam 1.38 tengahari, di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang di sini, hari ini.

- Advertisement -

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.

Allahyarham, 56, dilaporkan mengalami komplikasi di bahagian perut dan menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke Unit Kawalan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya pada 1 Mei lalu.

Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Abang Zam, menang di DUN Sungai Bakap atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang lalu menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose, dengan majoriti 1,563 undi.

Jenazah dijangka akan disolatkan dan dikebumikan di Masjid Sungai Acheh, kira-kira jam 6.00 petang ini. – HARAKAHDAILY 24/5/2024

- Advertisement -