Sedia kemudahan fasiliti untuk keselesaan mahasiswa

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau dan antarabangsa.

- Advertisement -

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPT, Hirman Awang berkata, bagi tujuan itu KPT menyediakan prasarana lengkap yang merangkumi kemudahan penginapan dan persekitaran kampus yang kondusif.

Katanya, tahun ini Universiti Malaysia Kelantan UMK dipilih sebagai tuan rumah Seminar Pengurusan Asrama Kebangsaan (SPARK) 2024 bagi membincangkan isu-isu semasa dalam pengurusan asrama.

“Pembentangan kertas kerja pada seminar tersebut diharap dapat diguna sebagai asas bagi menggubal Dasar dan Polisi Penginapan Pelajar untuk diimplementasikan di seluruh IPT di Malaysia,” katanya pada seminar tersebut, semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof Dr Mohammad Ismail.

Sementara itu pengerusi seminar terbabit Prof Dr Mohd Sazili Shahibi berkata, asrama pelajar perlu dinaik taraf kemudahan internet dan dilengkapi peralatan elektronik.

Katanya, kemudahan tersebut sebelum ini dibangkit Majlis Perumahan Universiti-Universiti Awam (MAPUM) di negara ini.

Menurut beliau, tidak semua kemudahan berkenaan diperlukan di universiti.

Bagaimanapun, katanya KPT berusaha memastikan kemudahan fasiliti disediakan bagi keselesaan mahasiswa.

Mohd Sazili juga berkata, tidak menafikan ada kolej kediaman yang terpaksa berdepan masalah air di beberapa negeri. – HARAKAHDAILY 23/5/2024

- Advertisement -