Colombia buka kedutaan di Ramallah, Tebing Barat

Gustavo Petro (kanan) di samping Duta Palestin ke Colombia, Raouf Almalki ketika mengadakan pertemuan di Bogota, Colombia. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

BOGOTA: Presiden Colombia, Gustavo Petro telah mengarahkan pembukaan kedutaan  negara itu di bandar Ramallah, Tebing Barat, Palestin.

Menteri Luar Colombia, Luis Gilberto Murillo berkata, Presiden Petro telah memberi arahan kepada pihaknya untuk  membuka kedutaan Colombia di Ramallah.

- Advertisement -

Perwakilan Colombia di Ramallah itu menegaskan langkah seterusnya yang dilakukan pihaknya,” katanya pada Rabu, waktu tempatan.

Tambah Murillo, beliau percaya lebih banyak negara akan mula menyokong pengiktirafan sebuah negara Palestin, lapor Al Jazeera.

Pada awal bulan ini, Petro, yang sudah memanggil semula duta Colombia keluar dari Tel Aviv, berkata beliau akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel susulan perang genosid Israel  ke atas Gaza, yang menyaksikan kedutaan Colombia di Tel Aviv itu kemudian ditutup pada 3 Mei 2024.

Pemimpin berhaluan kiri yang berkuasa pada 2022, Petro dianggap sebahagian daripada gelombang progresif di Amerika Latin. 

Beliau telah menjadi salah seorang pengkritik Israel yang paling lantang di rantau ini sejak permulaan perang Hamas-Israel sejak 7 Oktober 2023.

Terdahulu, Menteri Luar Israel, Israel Katz menuduh Petro sebagai ‘antisemitik dan penuh kebencian’ berikutan keputusan Colombia untuk memutuskan hubungan dengan Israel, mendakwa langkah itu adalah sokongam untuk Hamas.

Pada bulan Oktober, hanya beberapa hari selepas konflik bermula, Israel berkata ia telah ‘menghentikan eksport’  ke Colombia selepas Petro menuduh Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menggunakan bahasa yang serupa dengan apa yang ‘dilabelkan Nazi terhadap orang Yahudi’.

Pada April tahun, Petro juga menyertai kes mahkamah yang dikemukakan Afrika Selatan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Matlamat utama Colombia dalam usaha ini adalah untuk memastikan perlindungan segera dan sepenuhnya untuk rakyat Palestin di Gaza, khususnya populasi yang terdedah seperti wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga tua,” kata kerajaan Colombia pada ketika itu.

Ramallah, di Tebing Barat berfungsi sebagai ibu kota pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin sebelum ini telah dipisahkan daripada Semenanjung Gaza penguasaan Zionis Israel. -Agensi-HARAKAHDAILY 23/5/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -