Bola sepak lelaki lawan wanita: Pemuda PAS Pahang kecewa 

Zulfadli Zakariah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Pahang menzahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan yang dilakukan oleh Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal susulan perlawanan bola sepak antara pasukan lelaki YB FMK dengan pasukan wanita Sukma Pahang 2024.

Pemuda PAS Pahang dalam kenyataannya berkata, perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan pada 17 Mei lalu yang turut disertai Fadzli  itu disifatkan seperti ‘tiada segan silu mempromosikan pergaulan tanpa batasan jantina antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram’.

- Advertisement -

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Zulfadli Zakariah berkata, pihaknya melihat sikap tersebut sebagai tidak mencerminkan budaya ketimuran dan amat memalukan bagi seorang pemimpin Islam khususnya pemimpin yang memegang portfolio belia.

“Adakah ini budaya yang ingin disajikan kepada anak muda di Pahang. Perbuatan sebegini jelas sama sekali tidak dibenarkan dalam Islam. Untuk makluman Exco, tidak salah untuk bersukan tetapi Islam meletakkan panduan dan batasan dalam bersukan.

“Adakah di negeri Pahang ini sudah tiada pasukan bola sepak (lelaki) yang boleh dipanggil untuk melakukan perlawanan persahabatan (dengan pasukan YB FMK)? Jangan normanilasasikan budaya songsang sebegini di Pahang,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, Pemuda PAS Pahang sehubungan memberi peringatan bahawa jangan sesekali cuba menormanilasasikan budaya songsang sebegini di Negeri Pahang dan jangan cuba mengundang bala Allah SWT.

Terdahulu, tular satu hantaran dalam Facebook Fadzli yang memuat naik video  Perlawanan Persahabatan Pasukan YB FMK vs Team SUKMA Wanita Pahang yang mendapat kritikan negatif daripada netizen.

Motif? Nak mempromosikan kepada masyarakat lebih-lebih agi anak muda dan kanak-kanak  yang ‘boleh bermain (bola sepak) lelaki perempuan’? Kita di sekolah ajar lelaki perempuan tak boleh main (sukan) sekali (bersama-sama) kena jaga itu ini.. الله اكبر! Moga Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita dan dijauhkan dari perkara yang tak diingini,” komen netizen, @Afif Baihaqi.

Sementara netizen, @Abu Amru pula menegaskan ada dua sebab benda ini (perlawanan bola sepak pasukan lelaki lawan wanita).

Pertama, sudut jantina. Mana aci (adil) lelaki lawan perempuan dalam pertandingan babitkan fizikal. Tak sesuai. Tak gentlemen.

Kedua, sudut agama lebih-lebih lagilah tak sesuai. Permainan macam ni mudahkan persentuhan dan pergeseran fizikal secara berlebihan

Sedangkan agama kita ajar respect (hormat) antara jantina, ajar jauhi pergaulan yang membuka ruang lelaki ambil kesempatan atas kaum wanita.“Jadi. dengan tanpa mengurangkan rasa hormat saya kepada pihak exco negeri, elakkan ulangi sikap tak sihat ini di masa hadapan. Semoga Allah SWT  berkati kita semua,” katanya.  – HARAKAHDAILY 21/5/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -