Nahas helikopter Iran: PAS ucap takziah 

Muhammad Khalil Abdul Hadi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Iran berikutan kemalangan tragis pesawat helikopter yang berlaku di Tehran telah disahkan mengorbankan Presiden Iran, Ebrahim Raisi.

Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa PAS, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, berita tersebut sangat mengejutkan semua negara Islam dan beliau juga mendoakan agar Allah SWT merahmati mangsa yang terkorban.

- Advertisement -

Tragedi yang berlaku pada Ahad (19 Mei) itu telah menggemparkan seluruh dunia selepas Raisi dan Menteri Luar Negeri Iran, Hossein Amirabdollahian yang dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan dengan Azerbaijan di barat laut Iran telah disahkan terkorban.

“Semoga Allah SWT memberi kemudahan kepada negara Iran dan seluruh rakyatnya untuk menguruskan situasi yang sangat sukar dan kembali dalam keadaan yang aman, stabil dan sejahtera,” kata beliau ketika dihubungi oleh pihak Harakahdaily, hari ini.

Siaran TV kerajaan Iran, IRNA juga memaklumkan bahawa selain Raisi dan Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur, Malek Rahmati, Imam Solat Jumaat di Tabriz, Hojjatoleslam Al-Hesham serta beberapa pegawai lagi dipercayai turut berada dalam helikopter berkenaan.

Sementara itu, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berusaha meyakinkan rakyat Iran bahawa urus tadbir negara tidak terjejas susulan insiden tragis ini. – HARAKAHDAILY 20/5/2024

- Advertisement -