Pulau Perhentian: Kematian doktor wanita Jerman tiada unsur jenayah

-Gambar Hiasan
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kes kematian seorang doktor wanita Jerman  akibat lemas di pantai Pulau Perhentian semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, pihak polis telah menerima laporan berhubung kes tersebut pada jam 4.37 petang, dan pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut dan sudah membuka kertas siasatan. 

- Advertisement -

“Laporan itu mengatakan pada jam 3.30 petang,wanita terbabit sedang berenang dengan suaminya, warganegara Jerman.

“Ketika kejadian, suami mangsa telah menariknya ke daratan dengan bantuan orang awam, dan diberikan bantuan awal CPR namun tidak berjaya, sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian dan disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa yang dikenali sebagai Dr Loosen-Freiling Iris, 74, kemudiannya telah dibawa ke Hospital Besut bagi menjalani proses bedah siasat. 

“Sebab dan punca kematian belum diketahui sehingga proses bedah siasat selesai dijalankan,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/5/2024

- Advertisement -