Pasar Terapung Pulau Suri lokasi pelancongan unik di Kelantan

- Advertisement -

TUMPAT: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menaik taraf infrastruktur Pasar Terapung Pulau Suri sebagai tarikan pelancongan yang unik di Kelantan.

- Advertisement -

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, usaha tersebut akan meningkatkan kehadiran pelancong ke negeri itu sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2024.

Katanya projek menaik taraf pulau terbabit telah siap hasil usaha ECERDC bagi memperbanyakkan destinasi pelancongan menarik di Kelantan.

“Sasaran kita sempena TMK 2024 yang bertema keluarga, makanan dan festival dijangka berupaya menarik kira-kira 10 juta pelancong,” katanya pada mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) Kelantan di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhamad: Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Rosnazli Amin: Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Mohamad Nazwan Ismail dan Ketua Pengarah Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat.

Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri menjangka projek pembangunan rangkaian infrustruktur lebuh raya, termasuk Lingkaran Tengah Utama dan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai akan menjadi faktor menarik lebih ramai pelaburan ke Kelantan pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 17/5/2024

- Advertisement -