PAS hargai jasa dan pengorbanan para guru

- Advertisement -

SANDAKAN: Setiap tahun, PAS merakamkan penghargaan buat para guru atas jasa dan pengorbanan mereka mendidik anak bangsa.

- Advertisement -

PAS Libaran hari ini menziarahi dan menyerahkan kek di tiga buah institusi pendidikan, antaranya PASTI Abdul Rahman Bin Auf, SRITI Imam Al-Bukhari dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Pondok Miftahussalam.

Timbalan Yang Dipertuanya, Zulkifli Mohamad berkata ziarah tersebut bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan para guru di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara PAS dan pendidikan swasta.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih buat semua guru atas khidmat bakti dan komitmen dalam memberi didikan yang baik buat anak-anak bangsa,” katanya.

Turut menyertai ziarah tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Libaran.

Penasihat SAR Pondok Miftahussalam, Muhammad Husaini Hassan turut menzahirkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada PAS Libaran di atas kesudiaan menziarahi dan meraikan guru.

“Terima kasih tidak terhingga buat PAS atas penyerahan kek ini bagi meraikan kami guru-guru di sini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/5/2024

- Advertisement -