Kelantan beri kerjasama SPRM siasat isu telaga jejari

- Advertisement -

TUMPAT: Kerajaan Kelantan menyerah sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes dakwaan rasuah dan penyelewengan berkaitan pembinaan telaga jejari yang dikatakan bermasalah untuk membekalkan air kepada pengguna.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri bersikap terbuka memberi kerjasama untuk sebarang siasatan.

Katanya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan selanjutnya sebaik siasatan SPRM selesai.

“Kita beri peluang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan kerajaan negeri bersikap terbuka serta memberi kerjasama penuh.

“(SPRM) buat siasatan dulu, lepas itu kita tengok tindakan selanjutnya. Lagi pun (dua suspek yang ditahan) bekas kakitangan Air Kelantan Sdn Bhd yang sudah berhenti lama,” katanya kepada media selepas merasmikan Pasar Terapung Pulau Suri dekat sini, semalam. (Foto atas)

Media sebelum ini melaporkan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan AKSB ditahan SPRM dan direman tiga hari. – HARAKAHDAILY 17/5/2024

- Advertisement -